Wednesday, August 28, 2013

Mengenai




Kerajaan Malaysia serius dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia tentunya kan berusaha ke arah mencapai hasrat tersebut. Sejajar dengan itu, kerajaan berpegang pada dasar menggalakkan kemasukan pelajar asing. 

Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah memberi kelonggaraan dari segi bahasa iaitu Universiti Swasta dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Baru-baru ini kursus-kursus tertentu dalam Universiti Awam juga membenarkan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar asing. Sebagai contoh, kerajaan menyedikan kemudahan asrama ataupun tempat tinggal untuk pelajar-pelajar yang datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu.Implikasinya , pelajar-pelajar asing akan berasa selamat dan selesa untuk berada di Malaysia dan seterusnya lebih ramai pelajar akan datang ke Malaysia.

Pada masa ini, negara mempunyai 32 buah sekolah antarabangsa dan seramai 8,055 anak warga asing sebagai pelajarnya. Sedangkan Thailand mempunyai 91 buah sekolah antarabangsa manakala Indonesia juga mempunyai jumlah yang tinggi, iaitu 82 buah sekolah.
Bagi memastikan tujuan dan matlamat untuk meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan ini dapat dicapai terutama pada tahun ini, beberapa fokus dan strategi tertentu telah diatur oleh KPM.


0 comments:

Post a Comment