Kundasang merupakan lokasi yang wajib dituju ketika bercuti di Sabah. Kundasang terletak berhampiran dengan daerah Ranau. Anda pasti akan berpuas hati melihat keindahan semula jadi yang terdapat di daerah Ranau. Oleh yang demikian, pastikan anda meluangkan masa untuk datang ke Kundasang apabila melancong ke Sabah. Terdapat tempat yang menarik seperti Kundasang yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Antara tarikan utama Kundasang adalah:
1. Taman Kinabalu
Anda berpeluang untuk melihat Gunung Kinabalu yang sangat indah dan gunung tersebut merupakan tarikan utama pelancong datang ke Kundasang. Keindahan semula jadi yang terdapat di Taman Kinabalu berjaya menambat hati pengunjung yang datang kerana pelbahai jenis tumbuhan, haiwan dan bunga senang diperolehi di kawasan tersebut. Anda pasti terpegun melihat keindahan Kundasang dengan mata sendiri. Selain itu, jika anda berminat untuk menaiki gunung anda boleh mencubanya kerana puncak Gunung Kinabalu menjadi impian orang ramai untuk sampai ke sana. ia mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk sampai ke puncak.
2. Kundasang Dairy Farm
Kundasang Dairy Farm (Desa Cattle) merupakan lokasi seterusnya yang harus dituju ketika berada di Kundasang. Dairy Farm merupakan ternakan tunusu yang terletak di tinggi. Kawasan tersebut sangat sejuk dan mendamaikan hati pengunjung yang datang. Desa Farm terletak 15-20 minit daripada Bandar Kundasang. Selain itu, pemandangan di Desa Farm sangat indah kerana ia dikelilingi gunung ganang di samping suasana yang sejuk. Anda berpeluang untuk menikmati susu segar ketika berada di Desa Farm kerana terdapat kilang pemprosesan segar di desa tersebut.
3. Kundasang Strawberry Park
Lokasi tersebut merupakan Ladang Strawberry yang terdapat di Kundasang. Selain ladang tersebut, Kundasan Strawberry park juga mempunyai hotel penginapan dan cafe untuk pelancong yang datang ke Kundasang. Oleh itu, ia akan memberi kemudahan kepada pelancong yang infgin tinggal di Kundasang. Selain itu, pemandangan lokasi tersebut sangat cantik kerana boleh melihat pemandangan gunung ganang yang tersergam indah. Di samping itu, lokasi tersebut juga mempunyai Roses Garden di mana anda berpeluang melihat tanaman bunga ros yang cantik.