Teratak Santai
Inilah
Teratak Santai (Desa Sebako Daro, Mukah) yang digunapakai oleh pihak inap desa sebagai tempat
untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sekaligus tempat
beristirehat dan beriadah .
Dan
ini pula ruang dapur yang diselenggarakan oleh inap desa untuk para
tetamu ang ingin menjamu selera yang berkonsepkan kontemporari. Semua
aktiviti dapur akan di buat disini demi memudahkan lagi hidangan menu
untuk para tetamu.
TERATAK SANTAI
TERATAK SANTAI yang
menyerupai sebuah mini dewan /restoran di lokasi yang sama telah berjaya
di bina awal pertengahan tahun 2010 yang menelan kos belanja berjumlah
RM18,000. Berfungsi sebagai tempat menjamu selera dan pelbagai aktiviti
semasa menginap di lokasi inap desa.
Sebelum
inap desa ini dilaksanakan, pihak kami telah pun membina sebuah rumah
peribadi yang bercirikan rumah tradisi zaman silam hasil impian dan
citarasa Arwah Bonda Hajjah Maimunah bt.Hj Saili (semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.Amin). Di rumah inilah
tempat berkumpul ahli keluarga untuk menjamu selera dan berjumpa.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan satu ruang legar yang
sederhana besar, dijadikan sebagai mini dapur untuk sajian makanan dan
minuman. Memandangkan rumah tradisi ini di lokasi yang sama, maka
gabungan mudah dilakukan untuk menjadikannya satu rangkaian asset untuk
inap desa yang sedia ada sekarang.
makan dan minum di hidangkan di meja ini..
0 comments:
Post a Comment