Datuk Lee Chong Wei
Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena sukan.
Lagenda Sukan Di Malaysia
Rosli Kader - jaguh
lumba basikal negara yang berjaya melakarkan namanya seiring dengan jaguh
pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo Pang, Nordin
Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya bergemerlapan.
Slyvia Ng - Jaguh badminton negara yang pernah menggegar dalam pelbagai
pertandingan antarabangsa satu ketika dulu berasal dari Johor Bahru. Sylvia
mula mewakili negara pada tahun 1966 ketika berumur 16 tahun.
Foo Kok Keong - Beliau merupakan pemain badminton kebangsaan. Kini
Foo Kok Keong merupakan Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Badminton Nusa Mahsuri
mulai 1 Januari 1996.
M Vasugi - Bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi mampu meraih pingat perak
pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila
kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke temasya
yang berlangsung di Seoul pada 1988.
Misbun Sidek - Beliau merupakan pemain badminton pertama di negara
ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.
Rashid Sidek - Beliau merupakan pemain termuda yang memenangi
National Junior Badminton Championship pada 1980 semasa berumur 12 tahun.
Nurul Huda Abdullah - Beliau mewakili Negara dalam sukan renang pada
tahun 1985. Nurul Huda menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi
pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas.
Sazali Samad - Sazali Samad merupakan atlet Bina Badan Malaysia.
Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25
tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di
Doha, Qatar.
Dato' Mokhtar Dahari - Beliau adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan
Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana
keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili
Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.
Datuk Rajamani Mailvaganam - Beliau seorang ahli Sukan Wanita Tahunan 1966 di
Malaysia. Pada tahun 1964, beliau mewakili Malaysia untuk olahraga dalam Sukan
Olimpik yang diadakan di Tokyo, Jepun, dan pada tahun 1965, beliau mencapai
empat pingat emas dalam Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur untuk
perlumbaan 200 meter, 400 meter, 800 meter, dan 4 x 100 meter.
Shalin Zulkifli - Jaguh bowling kebangsaan yang membantu Malaysia
menduduki tempat ke-4 pada Piala Dunia Berpasukan yang diadakan buat pertama
kalinya, di Petaling Jaya.
Datuk Nicol Ann David - ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah
menjadi pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia, dan juara (mulai 2005)
"Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang
Asia pertama memenangi gelaran itu.
Datuk M. Jegathesan - merupakan ahli sukan pertama negara ini
dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan
pengiktirafan Majlis Sukan Negara kepada pencapaian cemerlang beliau pada tahun
tersebut. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat
dalam sukan antarabangsa ketika itu.
Ong Beng Hee - memenangi World Junior Champion di Princeton,
Amerika Syarikat yang selama ini diboloti pemain Pakistan. Ong Beng Hee telah
menempatkan dirinya sebagai Pemain Squash Dunia-7 pada tahun 2001.
Datuk Lee Chong Wei- Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012,
maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara
perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib bin Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
very nice
ReplyDelete