Gua Kelam
.
Salah
satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran
370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua
Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
.

Satu-satunya
jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang
tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan
Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang
warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang
baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai
ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan
asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu
yang diterangi cahaya lampu.
.
.
Anda masih
boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda
berjalan di dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di
bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari
bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.
.

Bunyi
yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang
terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman
purba sebagai tempat tinggal. Pelawat disarankan untuk mendapatkan
khidmat pemandu pelancong untuk memasuki gua ini.
Naiki
bas yang menuju ke Kaki Bukit dari stesen bas utama di Kangar. Kemudian
anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit sebelum tiba di hadapan
pintu gua.
.
0 comments:
Post a Comment