
KEUNIKAN MALAYSIA: kepelbagaian kaum di Malaysia menjadi satu teladan kepada seluruh dunia, Dimana kaum yang terdapat hidup bersatu padu dan aman damai.Antara kaum yang terdapat di Malaysia adalah masyarakat melayu, masyarakat cina, masyarakat india,,masyarakat etnik sarawak,masyarakat etnik sabah dan masyarakat orang asli.
Keunikan: Menara Berkembar Petronas masih memegang gelaran bangunan berkembar tertinggi di dunia sehingga ke hari ini.
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatang kan keuntungan besar dalam bentuk tukaran wang asing serta memasyhurkan malaysia di mata dunia, Potensi industri pelancongan juga sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat di realisasi kan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan di beri penekanan yang sewajarnya.
Putrajaya kini telah berjaya membuka mata dunia dan meletakkan dirinya dalam peta dunia sebagai tempat yang wajib dilawati oleh pelancong ke Malaysia. Kunjungan ke Malaysia bagaikan tidak lengkap tanpa melawat Pusat Pentadbiran Negara ini.
Kepelbagaian. Perkataan ini merupakan perkataan yang paling sesuai untuk kita memperbincang keunikan makanan di Malaysia. Kepelbagaian jenis makanan di Malaysia ini telah melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Banyak jenis makanan yang berasal dari pelbagai negara dan suku kaum dapat dicari di Malaysia.