Wednesday, August 28, 2013

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKKAN MALAYSIA



Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum, bangsa, keturunan dan agama. Walaupun begitu, Malaysia dikatakan amat sukar mencapai kemajuan yang sempurna jika tidak menitikberatkan aspek perpaduan. Ini kerana setiap etnik dan bangsa mementingkan kedudukan dan kepentingan sendiri, malah tidak menghiraukan kepentingan bangsa lain. Kemajuan Negara yang sempurna hanya akan tercapai melalui kerjasama setiap etnik dan bangsa dalam Negara. Pendek kata penduduk negara perlu “Sehati Sejiwa Untuk Malaysia”.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang maju masa kini. Kebebasan dan hak untuk bersaing antara satu sama lain membolehkan Amerika Syarikat terus maju ke depan. Sifat “Materialistik” yang diamalkan membolehkan setiap kaum di negara itu bersaing. Tidak kira orang yang berkulit cerah atau gelap akan berjaya dengan usaha gigih dan tabah. Ini membolehkan “Orang yang rajin berusaha terus mencapai kerjayaan yang lebih tinggi dan orang yang malas berubah menjadi kental berdaya saing. Ini merupakan satu-satu resepi kerjayaan Amerika Syarikat.

Jepun juga merupakan sebuah negara yang maju dan berkembang dengan pesat selepas Amerika Syarikat. Jepun mempunyai budaya yang mirip kepada Malaysia. Pada zaman Perang Dunia ke-2, Jepun mementingkan kerjayaan dalam kuasa, ketenteraan dan penaklukkan. Apabila Jepun kalah teruk dalam peperangan kepada Barat, ia masih tidak berputus asa untuk membina sebuah empayar tersendiri yang mewah dan maju. Selepas Perang Dunia Ke-2, Jepun tukar strategi penaklukkan ke atas ekonomi seluruh dunia. Kini, jelas kelihatan Jepun berjaya “menggenggam” ekonomi lebih separuh daripada Dunia. Dari aspek perpaduan pula, orang Jepun amat menghormati antara satu sama lain. Perpaduan wujud dalam masyarakat Jepun dengan sikap bertimbang rasa dan saling bantu-membantu. Contohnya, kebanyakkan orang Jepun di Jepun atau luar negara membeli barangan buatan tempatan. Bagi mereka, ini menjadi satu tanggungjawab untuk melindungi kepentingan-kepentingan negara mereka tersendiri. Ini adalah apa yang disarankan oleh orang Jepun Sejak Perang Dunia Ke-2, iaitu”Kamikaze”.

Sebenarnya Malaysia mempunyai sumber manusia yang sungguh unik seperti Amerika Syarikat dan mempunyai semangat ingin maju yang seiras dengan Jepun. Malangnya, Malaysia tidak menggunakan sumber dan kelebihan yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika Malaysia meluaskan hak dan kebebasan rakyatnya untuk bersaing secara bebas antara satu sama lain seperti Amerika Syarikat, jika Malaysia menerapkan tanggungjawab bersama untuk melindungi negara seperti Jepun, sudah tentu setiap rakyat rela “berkorban” raga dan jiwa demi kemajuan dan kemewahan negara. Kemungkinan Malaysia sudah lama jauh meninggalkan Amerika Syarikat dan Jepun.



0 comments:

Post a Comment