Zoo Negara
.
Zoo
Negara mempunyai pelbagai koleksi haiwan, dan dibuka pertama kali
kepada orang ramai pada 1963. Zoo Negara dibuka secara rasminya oleh
Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada 14 November,
1963. Pada waktu itu, bayaran masuk ialah 50 sen untuk orang dewasa dan
20 sen untuk kanak-kanak.
.
Antara
tarikan di zoo tersebut termasuk Akuarium Negara yang dibuka pada 1972.
Pada 1984 ia diberi nama sebagai Akuarium Tunku Abdul Rahman. Selain
itu terdapat rumah burung, rumah reptilia, pusat monyet, laluan Savannah
serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu.
Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif pada malam
hari.
.

Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk bersiar-siar di sekitar zoo, atau anda boleh juga menaiki tren dan menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini!
.
Waktu
pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam (
hujung minggu dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran). Ambil LRT
dan turun di stesyen Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.
.
0 comments:
Post a Comment